"Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum yang hidup dalam keadaan aman dan damai"
Friday, 9 December 2011
Pakaian Kaum Melayu
Sebelum kurun ke-20, wanita Melayu memakai kain kemban di tempat-tempat awam. Tetapi, setelah ketibaan Islam, mereka mula memakai baju kurung yang lebih sopan. Baju kurung adalah sejenis baju longgar yang labuh, kadang kala hingga ke lutut dan dipadankan dengan kain panjang yang berlipat tepi. Baju kurung juga boleh digandingkan dengan kain tradisional seperti songket atau batik. Lazimnya pakaian ini digunakan dengan kain selendang atau tudung kepala.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment